Saya dan suami belum pernah lagi mis dari menghadiri sukan tahunan sekolah ini sejak anak sulung saya bersekolah di sini.Biasa semua murid akan terlibat sama ada dalam acara sukan,pasukan pakaian seragam atau pun persembahan.Biasa untuk murid-murid Tahap Satu (Thn 1-3),acara sukaneka disediakan untuk mereka.Murid Tahap Dua(Thn 4-6) pula akan diadakan pemilihan untuk sesiapa yang layak masuk acara olahraga.
Rumah Merah (Delima) telah dinobatkan sebagai Johan Rumah SKTDI bagi tahun 2009.
Olahragawan SKTDI 2009 pula menjadi milik Nazmi.Sukan pada tahun ini Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan cuaca pun redup sahaja.Acara sukan berakhir dengan disambut meriah oleh semua murid.

Acara bermula dengan perarakan barisan rumah yang bertanding dan juga pasukan pakaian seragam. 

Acara sukaneka untuk murid-murid Tahap 1.
Tahun 2009 merupakan tahun kegemilangan bagi Rumah Merah(Delima).Banyak acara yang jadi genggaman peserta mereka pada tahun ini.Olahragawatinya juga datang dari Rumah Delima.Kebetulan Syauqi dilantik menjadi Ketua Rumah.Dia juga mengambil bahagian dalam beberapa acara olahraga iaitu lumba lari 100m,200m,4x100m antara rumah dan juga 4x100 m antara sekolah.Dua Acara dia mendapat pingat emas & dua acara lagi dia mendapat pingat perak.

Rumah Merah (Delima) telah dinobatkan sebagai Johan Rumah SKTDI bagi tahun 2009.
No comments:
Post a Comment