Monday, April 13, 2009

Pengenalan

Sekolah Rendah Tun Doktor Ismail adalah merupakan sekolah rendah kebangsaan yang terbesar di Padang Rengas,Perak.Bilangan murid-muridnya pada tahun 2009 ini telah mencecah lebih dari 500 orang murid dan lebih kurang 40 orang tenaga pengajar yang mengajar di sini.
Tujuan saya membuat blog untuk sekolah ini adalah semata-mata rasa dekatnya hati saya dengan sekolah ini kerana anak-anak saya telah membina banyak kejayaan ketika berada di sekolah ini.Saya juga pernah belajar di sekolah ini sekejap,pada penghujung tahun darjah 6 setelah bertukar dari sekolah lama di Sarawak.Kini anak-anak saya pula menjadi warga sekolah ini sejak dari Tahun 1 lagi.Tak banyak yang saya tahu berkenaan perihal sekolah ini.Apa yang saya tahu,dahulu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Lelaki Padang Rengas.Saban tahun sekolah ini menerima banyak pembangunan di mana beberapa tahun kebelakangan ini telah dibina sebuah bangunan tiga tingkat untuk pertambahan kelas & sebuah bangunan untuk IT juga dibina.Sebuah jalan yang dikhaskan untuk laluan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah juga baru dibina pada tahun lepas.Jalan tersebut terletak di hujung padang berhampiran pintu pagar keluar/masuk kawasan sekolah.
Padang sekolah juga telah dibaik pulih.Sebelum ini,sekiranya hujan lebat,padang pasti menakung air.Sukar bagi anak-anak untuk menjalankan xtvt di atas padang.Kelihatan parit telah dibuat di sekeliling padang bagi memastikan air dapat mengalir keluar bila hujan lebat turun.
Mengenai dengan tenaga pengajar di sini,saya hanya mengenali beberapa orang guru termasuk guru besarnya.Setakat ini,guru-guru yang saya kenali ialah Cikgu Yaakub,Teacher Soon,Cikgu Sha,Cikgu Nizar,Cikgu Nawar,Cikgu Yahya,Cikgu Amaludin,Teacher Farahin,Teacher Wan,Cikgu Roslan dan Cikgu Jefri.Ada juga cikgu-cikgu yang biasa saya dengar namanya tapi belum lagi dapat mengenali mereka seperti Cikgu Rostina & Cikgu Norhayati.

No comments:

Post a Comment