Tuesday, April 14, 2009

Pengalaman menghantar anak baru masuk sekolah.

Perkara yang selalu membuatkan ibubapa merasa teruja nak menghantar anak yang pertama kali memulakan alam persekolahan.Begitu juga dengan saya.Walau macam mana pun anak sulung saya,Muhammad Fatihin Syauqi tidak ada masalah sewaktu pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan sebenarnya.Begitu juga dengan adiknya iaitu Ainin Syahzani Zuhayra.
Anak-anak sekarang tidak seperti anak-anak dulu.Jarang dah kita nampak yang menangis sebab tidak mahu ditinggalkan di sekolah.Malah mereka lebih suka berada di sana sebab dapat ramai kawan.Ibubapa pulak yang kadang-kadang terlebih,mengganggu perjalanan hari pertama anak-anak dengan tidak beganjak dari luar kelas.

No comments:

Post a Comment