Selesai sudah perlawanan peringkat daerah,kini mencari calon untuk membuat sebuah team yang mantap bagi mewakili daerah.Pada mulanya hanya 4 orang pemain dari sekolah ini dipilih untuk pemilihan nanti iaitu Fakrul,Syauqi,Nazmi dan seorang lagi belum diketahui.Pemilihan bakal dibuat pada hari Isnin bersamaan 27hb April.Kemudian 6 orang plak tercalon termasuk Amirul dan Amar.Akhir sekali keputusan muktamad 8 orang iaitu Fakrul,Syauqi,Nazmi,Amirul,Amar,Hakim,Dayat & Wafi.
Sebelum tercalon 8 nama tersebut ada salah sorang ibu kepada pemain yang terpilih kemudiannya tidak berpuas hati apabila nama anaknya tercicir.Hinggakan kepada suamiku dia ada juga mengadu.Dia memang benar-benar tak puas hati hinggakan perkara tersebut dibawa kepada Guru Besar.Sekarang apabila nama anaknya telah masuk dlm senarai untutk pemilihan harap beliau berpuas hati.Seandainya anaknya terpilih...tahniah diucapkan.Kalau sebaliknya,harap beliau redho sebab mereka yg membuat pemilihan bukannya dari kalangan cikgu sekolah itu tapi ada panel2 lain di peringkat daerah.
Ketika ini tentu mereka tengah berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat daerah.Bagi saya ibu kepada Syauqi,harap dia dapat buat yang terbaik.Seandainya terpilih,harap dia dapat bermain dengan baik nanti.Jikalau sebaliknya harap dia jangan kecewa dan boleh laaa dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya untuk persediaan UPSR nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment