Thursday, April 16, 2009

Pasukan Bola Sepak.

2008

Pasukan Bola Sepak SKTDI diterajui oleh Cikgu Khairul Nizar dan Cikgu Yahya.Tahun ini juga Syauqi mula dipilih menjadi kesebelasan utama pasukan.Azri menjadi kapten pasukan.Pada tahun ini,mereka berjaya menjadi Johan Zon.Di peringkat daerah,mereka hanya sampai ke peringkat suku akhir sahaja.
Bila berkesempatan,saya dan suami tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang melibatkan mereka.Kami akan memberikan sokongan padu kepada mereka.Walau bagaimanapun tak semua game dapat kami saksikan kerana kadang kala ia diadakan pada hari bekerja.Sewaktu perlawanan peringkat daerah,cuma saya seorang yang dapat melihat mereka beraksi kerana suami saya bekerja luar daerah.Walau bagaimanapun ibubapa lain juga ada datang menyokong.Ibu kepada pasangan kembar yang berada dalam pasukan ini juga merupakan penyokong setia.Bagi pemain yang berjaya menjaringkan gol akan dapat imbuhan daripadanya sebagai galakan.Ini yang membuatkan bebudak niii lebih bersemangat lagi.

Walau bagaimanapun rezeki mereka cuma setakat Johan Zon.Perbezaan gol sahaja yang membuatkan mereka tidak layak ke pusingan seterusnya.


2009


Tahun ini Cikgu Nizar dan Cikgu Yahya masih kekal membimbing skuad bolasepak SKTDI.Seorang lagi cikgu iaitu Cikgu Azhari juga turut serta.Fakrul menjadi kapten untuk kali ini.Syauqi masih lagi menjadi pemain kesebelasan utama.Hanya tiga orang pemain tahun lepas yang masih kekal dalam pasukan untuk tahun ini iaitu Fakrul,Syauqi dan Hakim.Lain-lain adalah pemain baru yang terpilih dari thn 6,5 dan thn 4.Antara nama-nama lain yang saya ingat berada di dalam pasukan ini ialah Amar,Fahmi,Nazmi,Hidayat,Fakri,Naim,Wafi,Amirul dan Meor.Lain2 pemain saya tak ingat nama mereka.

Seperti tahun lepas juga,saya dan suami masih menjadi penyokong setia.Perlawanan persahabatan juga akan kami pergi saksikan.Paling jauh masa mereka bermain di padang Sek Keb Kota Lama Kanan.Di sinilah saya mula mengenali ibu kepada Fakrul.Rupa2nya dia lagi 'die hard fan' kerana belum pernah mis ikut diorang punya game.Saya dan suami ada juga mis 2-3 game.

No comments:

Post a Comment