Hari Anugerah cemerlang ini diadakan sebelum cuti sekolah akhir tahun 2007.Saya mengambil kesempatan menghadiri majlis ini kerana anak kedua saya,Ainin yang ketika itu berada dalam Tahun 1 juga menerima hadiah tempat ke-3 kedudukan dalam kelas untuk peperiksaan akhir tahun.Anak sulung saya,Syauqi pula ada membuat persembahan nasyid bersama rakan2nya.

2008.
Hari Anugerah Cemerlang untuk tahun 2008 telah diadakan pada awal tahun 2009 serentak dengan hari mesyuarat PIBG.Ia diadakan selepas mesyuarat.Sebelum acara tersebut dijalankan,persembahan Asian Song dan bercerita diadakan dahulu.Ainin kali ini mendapat hadiah tempat ke-2 pula.Syauqi pada hari ini ada pertandingan bermain kompang di Sekolah Datin Khadijah bagi peringkat daerah.Pasukan SKTDI hanya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut.
No comments:
Post a Comment