Wednesday, April 15, 2009

Mesyuarat PIBG.

Sejak anak saya bersekolah di sini rasanya baru dua kali saya mengikuti mesyuarat PIBG niii.Bukan sengaja tak mahu menghadirkan diri tapi kekadang bila diadakan pada hari bekerja,menyukarkan saya untuk menghadirkan diri.
Tahun 2009 ini,Alhamdulillah ia diadakan pada hari sabtu.Banyak perkara berbangkit telah diutarakan dlm mesyuarat ini.Antaranya berkenaan:
  1. Kelas-kelas tambahan untuk murid2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR.
  2. Keselamatan murid-murid yang pergi/balik sekolah dengan basikal dan berjalan kaki,terutama yang melaui jalan besar yang agak sibuk.
  3. Jalan keluar melalui pintu pagar keluar sekolah menghalang penglihatan pemandu.
  4. Waktu pemberian makanan tambahan kepada murid2 yg berkenaan pada awal pagi tidak praktikal.
  5. Bayaran yuran murid2 perlu disegerakan bagi membantu sekolah mengumpul dana untuk keperluan kegunaan xtvt di sekolah.

Hasilnya kata sepakat berkenaan yuran itu akan dikutip secara beransur2 untuk tidak membebankan ibubapa kelak andai pada bulan Jun nanti Kementerian menetapkan bahawa yuran2 tersebut wajib dibayar oleh ibubapa.Sekiranya ada yuran tidak diwajibkan,pihak sekolah akan mengembalikannya semula kepada ibubapa.Lain2 perkara akan diambil tindakan susulan oleh AJK PIBG dan juga pihak sekolah.

Tahun ini tidak diadakan perlantikan AJK baru kerana pada mesyuarat PIBG tahun lepas iaitu 2008,telah dipersetujui sebulat suara bahawa perlantikan AJK akan dibuat 2 tahun sekali.

No comments:

Post a Comment