Wednesday, July 29, 2009
Persediaan UPSR 2009.
Ceramah motivasi juga diadakan.Pakar motivasi yg dijemput untuk memberi ceamah adalah bapa saudaraku, Encik Azir Bin Ismail.Aku tak lepaskan peluang utk mengikuti sessi 'parenting'.Kata suamiku yang pernah ikut dia pergi memberi ceramah ke sekolah2 menarik.memang menarik....Ada sessi sedih bila anak2 diminta pergi memohon maaf pd ibu bapa.Murid2 perempuan yg nampak menangis tersedu sedan....lelaki kurang.Syauqi nampak seperti menahan sedih jerrr...Tak de kuar air mata pun.....
Pada cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu,murid2 diwajibkan menghadirkan diri di sekolah dr pagi sampai malam.Banyak pengisian dlm tempoh masa tersebut.Lima hari berturut2 xtvt tersebut dijalankan di sekolah.Pada malam Jumaat diadakan bacaan yassin beramai2 bersama ibu bapa.Aku berkesempatan hadir sama.
Buat masa ini,lagi sebulan UPSR bakal menjelang,cikgu giat menjalankan tuisyen.Selepas sekolah,kelas tambahan diadakan dr pukul 3:30-5:30 ptg.Malam pulak mcm biasa,8-9:45 mlm.Hari Ahad juga,Syauqi telibat dengan tuisyen bawah Parlimen Pdg Rengas....memang penuh laaaa xtvt tuisyen Syauqi.Di rumah sahaja,Syauqi nampak liat nak mengulangkaji....Harap dlm tempoh sebulan ini dia dpt menggunakan masa sebaik2nya.
Friday, July 17, 2009
Perlawanan Bolasepak peringkat negeri Perak 2009 bwh 12 thn.
Pasukan Kuala Kangsar tewas di awal perlawanan antara kumpulan lagiii....Nampak sangat mereka ini kurang persediaan....Tak ada persefahaman dlm pasukan....Perlawanan yang paling teruk pernah aku saksikan melibatkan pasukan anakku......Aku benar2 keciwaaa.....tapi apakan daya...Setakat itu sahaja rezki bebudak tuuuu.....Kalau sudah tidak ada kesungguhan pada peringkat pengurusan....manakan kejayaan dpt dikecapi.....Bebudak niii ikut kata pengurusnya ajerrr......Walau apa pun...nasi sudah menjadi buburrr.....Aku berbangga dengan anakku kerana berjaya sampai ke peringkat negeri....Moga ada sinar lagi bila dia naik ke sekolah menengah kelak.....
Wednesday, May 20, 2009
Latihan pusat bagi pemain bawah 12 tahun.
Kem latihan pusat selama 3 hari diadakan pada 11-13 Mei di Sek Keb Kota Lama Kanan.Akhirnya wakil dari SKTDI cuma tinggal Syauqi,Fakrul & Nazmi.Hari kedua latihan pusat telah dibuat penyingkiran yg terakhir....Wafi & Amar tersingkir....
Hari ke-3 latihan pusat diadakan frenli melawan daerah Larut Matang,Selama & team tingkatan 1 MCKK....Ini untuk menguji tahap pemain2 yg terpilih tersebut.Lawan LMS,Kuale menang 2-0 tapi lawan MCKK kalah 0-3.
Terasa bagai tidak cukup latihan yang diberikan.Bolehkah mereka serasi dlm team yg baru dibentuk tersebut.Syauqi dan Nazmi menjadi pemain simpanan.Fakrul seorang sahaja dapat jadi pemain kesebelasan utama.Wakil dr Sek Talang seramai 4 orang juga dapat menjadi pemain kesebelasan utama.Macam ada yg tak kena....
Monday, April 27, 2009
Kisah di sebalik pemilihan untuk mewakili daerah bagi bawah 12 thn 2009.
Sebelum tercalon 8 nama tersebut ada salah sorang ibu kepada pemain yang terpilih kemudiannya tidak berpuas hati apabila nama anaknya tercicir.Hinggakan kepada suamiku dia ada juga mengadu.Dia memang benar-benar tak puas hati hinggakan perkara tersebut dibawa kepada Guru Besar.Sekarang apabila nama anaknya telah masuk dlm senarai untutk pemilihan harap beliau berpuas hati.Seandainya anaknya terpilih...tahniah diucapkan.Kalau sebaliknya,harap beliau redho sebab mereka yg membuat pemilihan bukannya dari kalangan cikgu sekolah itu tapi ada panel2 lain di peringkat daerah.
Ketika ini tentu mereka tengah berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat daerah.Bagi saya ibu kepada Syauqi,harap dia dapat buat yang terbaik.Seandainya terpilih,harap dia dapat bermain dengan baik nanti.Jikalau sebaliknya harap dia jangan kecewa dan boleh laaa dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya untuk persediaan UPSR nanti.
Thursday, April 16, 2009
Pasukan Bola Sepak.
Walau bagaimanapun rezeki mereka cuma setakat Johan Zon.Perbezaan gol sahaja yang membuatkan mereka tidak layak ke pusingan seterusnya.
2009
Tahun ini Cikgu Nizar dan Cikgu Yahya masih kekal membimbing skuad bolasepak SKTDI.Seorang lagi cikgu iaitu Cikgu Azhari juga turut serta.Fakrul menjadi kapten untuk kali ini.Syauqi masih lagi menjadi pemain kesebelasan utama.Hanya tiga orang pemain tahun lepas yang masih kekal dalam pasukan untuk tahun ini iaitu Fakrul,Syauqi dan Hakim.Lain-lain adalah pemain baru yang terpilih dari thn 6,5 dan thn 4.Antara nama-nama lain yang saya ingat berada di dalam pasukan ini ialah Amar,Fahmi,Nazmi,Hidayat,Fakri,Naim,Wafi,Amirul dan Meor.Lain2 pemain saya tak ingat nama mereka.
Seperti tahun lepas juga,saya dan suami masih menjadi penyokong setia.Perlawanan persahabatan juga akan kami pergi saksikan.Paling jauh masa mereka bermain di padang Sek Keb Kota Lama Kanan.Di sinilah saya mula mengenali ibu kepada Fakrul.Rupa2nya dia lagi 'die hard fan' kerana belum pernah mis ikut diorang punya game.Saya dan suami ada juga mis 2-3 game.
Wednesday, April 15, 2009
Hari Anugerah Cemerlang.
Hari Anugerah cemerlang ini diadakan sebelum cuti sekolah akhir tahun 2007.Saya mengambil kesempatan menghadiri majlis ini kerana anak kedua saya,Ainin yang ketika itu berada dalam Tahun 1 juga menerima hadiah tempat ke-3 kedudukan dalam kelas untuk peperiksaan akhir tahun.Anak sulung saya,Syauqi pula ada membuat persembahan nasyid bersama rakan2nya.

2008.
Hari Anugerah Cemerlang untuk tahun 2008 telah diadakan pada awal tahun 2009 serentak dengan hari mesyuarat PIBG.Ia diadakan selepas mesyuarat.Sebelum acara tersebut dijalankan,persembahan Asian Song dan bercerita diadakan dahulu.Ainin kali ini mendapat hadiah tempat ke-2 pula.Syauqi pada hari ini ada pertandingan bermain kompang di Sekolah Datin Khadijah bagi peringkat daerah.Pasukan SKTDI hanya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan-pertandingan 2009.
- Johan Tahfiz daerah - Alia,thn 6.
- Johan Bola Sepak daerah.
- Naib Johan bercerita Tahap 1 daerah - Ainin,thn 3.
- Johan nasyid zon.
- Johan kompang zon.
- Tempat ketiga bola baling zon.
Gambar Ainin masa buat ulangan persembahan bercerita masa majlis Penyampaian Hadiah & Mesyuarat PIBG.
Mesyuarat PIBG.
Tahun 2009 ini,Alhamdulillah ia diadakan pada hari sabtu.Banyak perkara berbangkit telah diutarakan dlm mesyuarat ini.Antaranya berkenaan:
- Kelas-kelas tambahan untuk murid2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR.
- Keselamatan murid-murid yang pergi/balik sekolah dengan basikal dan berjalan kaki,terutama yang melaui jalan besar yang agak sibuk.
- Jalan keluar melalui pintu pagar keluar sekolah menghalang penglihatan pemandu.
- Waktu pemberian makanan tambahan kepada murid2 yg berkenaan pada awal pagi tidak praktikal.
- Bayaran yuran murid2 perlu disegerakan bagi membantu sekolah mengumpul dana untuk keperluan kegunaan xtvt di sekolah.
Hasilnya kata sepakat berkenaan yuran itu akan dikutip secara beransur2 untuk tidak membebankan ibubapa kelak andai pada bulan Jun nanti Kementerian menetapkan bahawa yuran2 tersebut wajib dibayar oleh ibubapa.Sekiranya ada yuran tidak diwajibkan,pihak sekolah akan mengembalikannya semula kepada ibubapa.Lain2 perkara akan diambil tindakan susulan oleh AJK PIBG dan juga pihak sekolah.
Tahun ini tidak diadakan perlantikan AJK baru kerana pada mesyuarat PIBG tahun lepas iaitu 2008,telah dipersetujui sebulat suara bahawa perlantikan AJK akan dibuat 2 tahun sekali.
Tuesday, April 14, 2009
Sukan Tahunan.
Rumah Merah (Delima) telah dinobatkan sebagai Johan Rumah SKTDI bagi tahun 2009.
Pengalaman menghantar anak baru masuk sekolah.
Anak-anak sekarang tidak seperti anak-anak dulu.Jarang dah kita nampak yang menangis sebab tidak mahu ditinggalkan di sekolah.Malah mereka lebih suka berada di sana sebab dapat ramai kawan.Ibubapa pulak yang kadang-kadang terlebih,mengganggu perjalanan hari pertama anak-anak dengan tidak beganjak dari luar kelas.