Wednesday, May 20, 2009

Latihan pusat bagi pemain bawah 12 tahun.

Selesai fasa pertama pemilihan....dua orang dr SKTDI telah tersingkir iaitu Hakim dan Dayat.Nampak gayanya tak de rezeki Hakim.Harap emaknya dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.Amirul sebagai penjaga gol tak dapat menghadirkan diri sebab demam.Secara automatik,namanya gugur untuk kali ini.

Kem latihan pusat selama 3 hari diadakan pada 11-13 Mei di Sek Keb Kota Lama Kanan.Akhirnya wakil dari SKTDI cuma tinggal Syauqi,Fakrul & Nazmi.Hari kedua latihan pusat telah dibuat penyingkiran yg terakhir....Wafi & Amar tersingkir....
Hari ke-3 latihan pusat diadakan frenli melawan daerah Larut Matang,Selama & team tingkatan 1 MCKK....Ini untuk menguji tahap pemain2 yg terpilih tersebut.Lawan LMS,Kuale menang 2-0 tapi lawan MCKK kalah 0-3.

Terasa bagai tidak cukup latihan yang diberikan.Bolehkah mereka serasi dlm team yg baru dibentuk tersebut.Syauqi dan Nazmi menjadi pemain simpanan.Fakrul seorang sahaja dapat jadi pemain kesebelasan utama.Wakil dr Sek Talang seramai 4 orang juga dapat menjadi pemain kesebelasan utama.Macam ada yg tak kena....